X

Kindly register in order to view this article
!

A
A

AWANG yang tak pandai politik ini kadang-kadang jadi keliru juga dengan kenyataan pemimpin politik.

Hari itu Tan Sri Annuar Musa bukan main marahnya pada partinya sendiri. Dia kata UMNO sekarang berpecah tiga. Dia marah juga pada Presiden UMNO. Dia nak tahu ke mana hala tuju UMNO sekarang.

Kata Tan Sri Annuar, terdapat segelintir pemimpin yang enggan bertembung atau bercanggah pendapat dengan Presiden parti dan orang-orang kanan sekitar Presiden.

Maksudnya mereka tak berani tegur. Tuk Seri Zahid cenderung nak kerjasama dengan PKR. Bekerja dengan parti Tuk Seri Anwar maknanya akan bekerjasama dengan DAP.

Tan Sri Annuar tak setuju hal itu. Mungkin oleh sebab dia garang sangat maka dilucutkan jawatannya sebagai Setiausaha Agung BN. Orang tuduh dia jadi ‘jurucakap Bersatu’.

Jadi terperanjatlah Awang bila tengok gambar beliau dan Presiden UMNO dalam surat khabar semalam. Lain pula nada Tan Sri Annuar. Dia cadangkan supaya Tuk Seri Zahid diberi peluang kekal jawatan sehingga tamat tempoh.

Kuat rupanya mandrem Tuk Seri Zahid. Bagaimanapun Awang anggap itu langkah bagus demi UMNO. UMNO tak patut berpecah tiga macam kata Tan Sri Annuar. Patutnya ini masa untuk UMNO sehati sejiwa.

Lepas itu Tan Sri Annuar tegur Tuk Seri Ahmad Maslan yang keluar kenyataan agar UMNO dan BN jangan sokong perisytiharan darurat. Katanya Biro Politik UMNO buat keputusan lain tetapi arahan Tuk Seri Ahmad Maslan lain pulak.

Tambah pening ahli UMNO dibuatnya.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!