Muhammad Ehsan lemas di New Zealand, selamat dikebumikan

Allahyarham Muhammad Ehsan Zakaria
Allahyarham Muhammad Ehsan Zakaria
A
A
A

KUALA LUMPUR - Allahyarham Muhammad Ehsan Zakaria yang meninggal dunia akibat lemas semasa beriadah bersama beberapa rakan di Pinders Pond, Roxburgh, New Zealand pada 15 Januari lepas, selamat dikebumikan di tanah perkuburan Green Island Cemetery, Dunedin pada Selasa.

Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Wellington dalam kenyataan pada Selasa, merakamkan penghargaan kepada komuniti Malaysia dan Islam tempatan termasuk Otago Muslim Association, yang menghulurkan pelbagai sokongan dan bantuan bagi melancarkan pelbagai urusan berkaitan, khususnya dalam aspek pengurusan dan pengebumian jenazah.

“Sekali lagi, Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Wellington menzahirkan ucapan takziah dan simpati kepada ahli keluarga Allahyarham yang berada di Malaysia. Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama mereka yang beriman,” menurut kenyataan itu.

Muhammad Ehsan, 24, merupakan bekas pelajar tajaan Majlis Amanah Rakyat (Mara) di Auckland. - Bernama

Artikel Berkaitan: