Maszlee lancar kempen #simpangmembaca

Dr Maszlee Malik
Dr Maszlee Malik
A
A
A

Hari ini sudah masuk hari ke-5 kita melalui Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0.

Di seluruh negara, anak-anak kecil kita tak boleh ke sekolah dan melalui proses pembelajaran seperti biasa.

Saya memahami keresahan ibu bapa dan anak-anak ini yang barangkali ketandusan aktiviti untuk dibuat semasa berada di rumah.

Justeru, Pejabat Parlimen Simpang Renggam akan melancarkan kempen #SimpangMembaca.

Sasaran awal kami ialah anak-anak Darjah 1 dan Darjah 2 yang datang dari keluarga berpendapatan rendah.

Seringkali saya bawa dan ketengahkan isu ‘Lost Generation’ yang berlaku akibat pandemik Covid ini. Saya percaya kita boleh elakkan masalah ini jika kita semua bekerjasama.

Anak-anak kecil kita perlu dibantu agar tidak tercicir dan ketinggalan daripada pendidikan.

3,000 beg dan bahan-bahan seperti buku cerita, buku mewarna dan pensel warna telah siap disusun dan sedia untuk diedarkan ke seluruh Simpang Renggam.

Artikel Berkaitan:

Terima kasih kepada para penyumbang buku, di antara McDonald Malaysia yang telah bermurah hati menyediakan buku buat anak-anak kita.

Kerana pendidikan adalah tanggungjawab kita bersama.

#simpangrenggamdihatiku

#simpangmembaca

#pendidikanuntuksemua

Projek #SimpangMembaca Sebanyak 3000 pek bahan bacaan seperti buku cerita, buku aktiviti serta pensel warna untuk...

Posted by PH Parlimen Simpang Renggam on Tuesday, January 19, 2021