Noh, keluarga bebas Covid-19

Noh berkongsi keputusan saringan Covid-19 yang diterimanya pada petang Selasa.
Noh berkongsi keputusan saringan Covid-19 yang diterimanya pada petang Selasa.
A
A
A

SHAH ALAM - Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar mengesahkan dirinya bebas daripada jangkitan Covid-19.

Noh menerusi kemas kini di laman Facebook beliau pada Selasa memaklumkan, keputusan saringan anggota keluarganya yang lain turut negatif.

"Alhamdulillah. Keputusan saringan Covid-19 semua anggota keluarga kami yang diterima petang tadi (Selasa) adalah negatif.

"Terima kasih buat sahabat-sahabat semua yang mendoakan saya dan keluarga. Saya sangat menghargainya, " katanya.

Terdahulu, pada Isnin Ahli Parlimen Tanjong Karang itu memaklumkan beliau bersama keluarga perlu menjalani saringan selepas menantunya, Hisham didapati positif Covid-19.

Saringan perlu dilakukan memandangkan menantunya itu tinggal serumah dengannya.

Dalam pada itu, beliau turut mengharapkan bantuan orang ramai untuk mendoakan kesembuhan menantunya.

"Mohon terus doakan semoga menantu saya, Hisham segera sembuh dan dipermudahkan urusan dalam tempoh kuarantin," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN Menantu positif Covid-19, Noh sekeluarga jalani saringan

Artikel Berkaitan: