X

Kindly register in order to view this article
!

FAM ucap terima kasih kepada Reezal Merican

HAMIDIN
A
A

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) akan melakukan tindakan segera bagi memastikan skuad Harimau Malaya dapat kembali berlatih susulan kebenaran yang diberikan pihak kerajaan.

Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, pihaknya akan akan melakukan gerak kerja untuk mengadakan perbincangan dengan pihak terlibat, antaranya Majlis Sukan Negara (MSN) dan kelab-kelab Liga Malaysia (Liga-M) bagi tujuan penyediaan venue latihan dan pelepasan pemain.

"Dengan mengambil kira kem latihan pusat ini perlu diadakan secara kuarantin, kami perlu melakukan perancangan yang cukup teliti dalam mendapatkan persetujuan daripada MSN terutama dari segi tempat tinggal dan juga kemudahan padang latihan sebelum dapat membuat ketetapan bagi tarikh kem latihan pusat ini untuk diadakan.

"Banyak perkara lain yang turut perlu dipertimbangkan antaranya pelepasan pemain memandangkan kelab-kelab Liga-M dalam persiapan menghadapi Liga Super dan Liga Premier 2021 pada penghujung Februari. Kami akan maklumkan dalam masa terdekat ini," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Dalam pada itu, Hamidin berterima kasih Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican yang bertanggungjawab memastikan skuad Harimau Malaya dapat menjalani kem latihan pusat.

"Setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada Datuk Seri Reezal Merican yang cukup prihatin dengan isu membabitkan skuad Harimau Malaya.

"Beliau juga sentiasa berusaha untuk memastikan kita dapat kembali berlatih bagi mempersiapkan pasukan menjelang perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 pada Mac ini," jelasnya.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!