Covid-19 catat 3,631 kes, 14 kematian dilaporkan

Dr Noor Hisham
Dr Noor Hisham
A
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Sebanyak 3,631 kes baharu positif Covid-19 dicatatkan dengan 14 kematian dilaporkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pertambahan itu menjadikan jumlah keseluruhan kes positif Covid-19 adalah 165, 371.

Menurutnya, daripada jumlah itu, 3,624 kes adalah kes tempatan dan tujuh lagi mendapat jangkitan dari luar negara.

Manakala, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 39,464 kes dan kes sembuh terbaharu adalah 2,944.

Selangor mencatatkan kes baharu Covid-19 tertinggi dengan 1,199 kes, diikuti Sabah, 526 kes dan Kuala Lumpur, 521 kes.

Setakat ini, seramai 238 orang pesakit sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) manakala 96 orang memerlukan alat bantuan pernafasan.

KKM turut memaklumkan terdapat sembilan kluster baharu dikenal pasti di beberapa negeri iaitu di Selangor, Kuala Lumpur, Johor, Sarawak, Kedah, Terengganu dan Pahang.

Artikel Berkaitan: