Surat pekeliling tersebar, usaha jelas UMNO tolak darurat

Annuar Musa, Ahmad Maslan
Annuar Musa, Ahmad Maslan
A
A
A

SHAH ALAM - Satu surat pekeliling didakwa telah dihantar oleh Setiausaha Agung (SUA) UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan kepada ahli-ahli Parlimen UMNO dan Barisan Nasional (BN) untuk menyatakan persetujuan dengan gesaan agar satu sidang khas Parlimen diadakan berhubung proklamasi darurat.

Surat bertarikh 18 Januari itu menuntut jawapan dalam tempoh 24 jam dengan menetapkan ia perlu diberikan sebelum jam 12.30 hari pada Selasa bersamaan 19 Januari 2020.

Surat tersebut menyatakan seperti berikut:

"Proklamasi Darurat dan Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa) Perlu 2021 akan dibentangkan di Perlimen menurut Perkara 150 Fasal (3) Perlembagaan Persekutuan. Hal Ini adalah seperti mana yang dinyatakan di klausa terakhir di bahagian tandatangan dokumen-dokumen berkenaan (berwarna kuning).

"Susulan daripada proklamasi darurat ini wujud kepentingan bagi YB Dato' Sri untuk membincangkan isu-isu berkaitan Ordinan Darurat tersebut, khususnya berkenaan impak Ordinan Darurat ke atas hak-hak YB Dato' Sri sebagai Ahli Parlimen Malaysia serta tanggungjawab dalam memastikan perjalanan demokrasi di Malaysia sentiasa terpelihara.

"Justeru adalah dipohon kerjasama semua ahli Parlimen UMNO dan Barisan Nasional untuk mengemukakan persetujuan bagi pelaksanaan Perkara 150 Fasal (3) Perlembagaan Persekutuan untuk diadakan sesuatu Sidang Parlimen pada tarikh segera," menurut surat berkenaan.

Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa yang membuat pendedahan awal berhubung surat itu bagaimanapun telah memberi reaksi agar Ahmad Maslan menarik balik surat berkenaan.

Annuar menyifatkan langkah itu sebagai usaha jelas untuk bersekongkol dengan pembangkang, menghina keputusan parti serta menderhaka kepada Yang di-Pertuan Agong.

Artikel Berkaitan:

Sinar Harian sedang mendapatkan Ahmad Maslan yang juga Ahli Parlimen Pontian untuk pengesahan lanjut.

ARTIKEL BERKAITAN: 'Surat SUA UMNO cubaan menderhaka kepada Agong'