Rayu PBT lanjut tempoh bayar lesen tahunan

Sejak PKP 2.0 bermula Sabtu lalu, kebanyakkan peniaga mengambil keputusan untuk 'bercuti' sekali gus menyaksikan zon bebas cukai yang sebelum ini sibuk dengan urusan jual beli sunyi sepi.
Sejak PKP 2.0 bermula Sabtu lalu, kebanyakkan peniaga mengambil keputusan untuk 'bercuti' sekali gus menyaksikan zon bebas cukai yang sebelum ini sibuk dengan urusan jual beli sunyi sepi.
A
A
A

RANTAU PANJANG - Persatuan Perniagaan Melayu Rantau Panjang merayu pihak berkuasa tempatan (PBT) memanjangkan tempoh bayaran lesen selewat-lewatnya Mac depan.

Pengerusinya, Ramli Abdullah berkata, langkah itu secara tidak langsung membuka ruang kepada peniaga untuk mencari sumber bagi menyelesaikan tuntutan tersebut.

Katanya, pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 menyukarkan peniaga di zon bebas cukai Rantau Panjang apabila pendapatan mereka merudum selepas kehilangan pelanggan yang kebanyakannya daripada luar daerah atau negeri.

"Nasib peniaga diibarat 'sudah jatuh ditimpa tangga' apabila terpaksa 'bercuti' sebanyak dua kali selepas kawasan itu ditenggelami banjir bulan ini selain PKP.

"Lebih merumitkan apabila terpaksa menjelaskan bayaran lesen tahunan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) selewat-lewatnya hujung bulan ini bagi mengelakkan denda," katanya kepada pemberita pada Selasa.

RAMLI
RAMLI

Beliau berkata, sejak PKP 2.0 bermula Sabtu lalu, kebanyakan peniaga mengambil keputusan untuk 'bercuti' menyebabkan zon bebas cukai yang sebelum ini sibuk dengan urusan jual beli kini sunyi.

Menurutnya, pertambahan kes Covid-19 yang menunjukkan trend menaik ketika ini khususnya di Kelantan, beliau khuatir PKP akan dilanjutkan.

Artikel Berkaitan:

Sinar Harian 19 Januari lalu melaporkan peniaga zon bebas cukai Rantau Panjang di sini yang baharu sahaja pulih dari bencana banjir minggu lalu kembali berduka apabila 'syurga' membeli-belah itu terpaksa ditutup sekali lagi.

Penutupan 'syurga' membeli-belah itu dibuat oleh peniaga susulan pelaksanaan PKP di negeri itu pada Sabtu selepas kes Covid-19 menunjukkan trend menaik.