Guna gunting kecil untuk hidupkan kenderaan curi

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai, menunjukkan gunting kecil yang digunakan suspek untuk mencuri kenderaan pada sidang akhbar di IPD Sentul pada Selasa.
Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai, menunjukkan gunting kecil yang digunakan suspek untuk mencuri kenderaan pada sidang akhbar di IPD Sentul pada Selasa.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Geng Elango Magna yang dipercayai aktif mencuri kenderaan sejak dua tahun lalu, tumpas selepas dua lelaki ditahan dalam serbuan di sekitar Lembah Kelang pada 13 Januari lalu.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, dua lelaki berusia 35 dan 51 tahun itu ditahan dalam Ops Lejang.

BEH ENG LAI
BEH ENG LAI

Beliau berkata, modus operandi kumpulan itu adalah mencuri kenderaan di kawasan perumahan dan kawasan perindustrian.

"Suspek turut menggunakan gunting kecil untuk menghidupkan kenderaan sebelum melarikannya. Kenderaan yang dicuri itu diletakkan di tepi jalan di kawasan yang terpencil," katanya.

Menurutnya, kesemua kenderaan yang telah dicuri akan dileraikan dan komponen tersebut akan dijual sebagai alat ganti kenderaan.

"Mereka menjual komponen itu kepada bengkel, kedai besi buruk dan individu tertentu," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai menunjukkan barang kes unit skrin komputer curi yang dirampas pada sidang akhbar di IPD Sentul pada Selasa.
Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai menunjukkan barang kes unit skrin komputer curi yang dirampas pada sidang akhbar di IPD Sentul pada Selasa.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata, semakan mendapati kedua-dua individu itu mempunyai pelbagai rekod kesalahan lampau jenayah dan dadah.

"Kita merampas empat buah lori, empat van, tiga kereta, dua generator dan 49 unit skrin komputer yang nilai rampasan dianggarkan sebanyak RM120,000.

"Hasil tangkapan ini kita berjaya menyelesaikan 11 kes kecurian kenderaan di kawasan Kepong khususnya dan beberapa kawasan lain di sekitar Lembah Klang," katanya.

Eng Lai turut menasihati orang ramai supaya sentiasa berwaspada dan mengambil langkah-langkah keselamatan dengan menggunakan kunci tambahan bagi mengelakkan kecurian kenderaan berlaku.