Chelsea rosakkan gaya permainan Werner

WERNER
WERNER
A
A
A

BEKAS pengendali RB Leipzig, Ralph Hassenhuttl menganggap corak permainan Chelsea tidak sesuai dengan Timo Werner yang kini menghadapi detik sukar di Stamford Bridge.

Menurut Hassenhuttl, Werner beraksi di posisi yang salah apabila pengendali Chelsea, Frank Lampard lebih gemar meletakkannya di posisi penyerang kiri.

"Saya melihat gaya permainan mereka (Chelsea) tidak sesuai dengan Werner sehingga menyebabkan pemain itu gagal menunjukkan kualiti yang dimiliki.

"Anda perlu menyesuaikan gaya permainan Werner. Jika anda berjaya melakukannya, dia akan memberikan segala-galanya sebagai seorang penyerang sejati.

"Ketika saya di Leipzig, kami fokus pada kualitinya. Dengan transisinya yang pantas sebaik sahaja mendapat bola, dia memang sempurna dengan gaya permainan kami.

"Bagi saya, dia perlu diletakkan sebagai penyerang tunggal yang mendapat banyak bola daripada pemain tengah, bukan meletakkannya di bahagian sayap kiri," katanya.

Werner yang dibeli daripada RB Leipzig pada awal musim ini hanya mampu merekodkan empat gol dan gagal menyumbat sebarang gol dalam 10 perlawanan berturut-turut.

Prestasi Werner ketika ini sangat berbeza dengan apa yang ditunjukkannya ketika bersama Leipzig musim lalu apabila dia meledak 28 gol daripada 34 perlawanan Bundesliga.

Artikel Berkaitan: