X

Kindly register in order to view this article
!

Inisiatif Permai: Jangan lupa golongan profesional, M40

Gambar hiasan - Foto 123RF
A
A

ALOR SETAR - Kerajaan diminta tidak meminggirkan golongan profesional dan M40 menerusi inisiatif Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (Permai) berjumlah RM15 bilion kerana mereka juga terjejas dan terkesan akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kali kedua ini.

Ketua Penerangan Pemuda UMNO Kedah, Syed Mohd Johan Rizal Syed Unan Mashri berkata, golongan ini seperti ketinggalan daripada menikmati 'kapal dana' Permai seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Isnin.

Menurutnya, melalui inisiatif Prihatin dan Penjana yang lepas, tiada inisiatif khusus yang diberikan kepada golongan berkenaan.

"Adalah menjadi harapan Pemuda UMNO Kedah, agar kumpulan sasar ini diberikan perincian khusus dalam inisiatif Permai kali ini. Golongan ini juga terasa kesan akibat lanjutan PKP ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Najib kritik Permai tak beri moratorium secara automatik

Bayaran pendahuluan sehingga RM1,000 bagi i-Sinar kategori 2

PM umum Permai bantu kelangsungan hidup rakyat, ekonomi

Permai: Beri sinar baharu kepada rakyat

"Seperti moratorium dan pengeluaran i-Sinar kategori dua, masih tiada perubahan syarat yang diumumkan. Pemuda UMNO Kedah berpendirian dan masih menantikan dua isu ini diberikan secara automatik," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Syed Mohd Johan Rizal berkata, pihaknya berharap kerajaan akan memberikan tumpuan secara menyeluruh dalam mengumumkan sebarang pakej bantuan dan rangsangan ekonomi agar semua pihak dapat menikmatinya.

Syed Mohd Johan
Syed Mohd Johan

Dalam pada itu, beliau berkata, Pemuda UMNO Kedah positif dengan beberapa inisiatif Permai namun pihaknya mengesa kerajaan dan Kementerian Kewangan memperincikan dengan segera bantuan mikrokredit RM1 bilion yang akan disalurkan menerusi Bank Simpanan Nasional, Bank Pertanian dan Tekun Nasional.

"Ramai penjaja yang terjejas sejak PKP mula dilaksanakan tahun lepas dan apabila hendak kembali bernafas datang pula PKP yang kedua ini yang menjadikan perniagaan mereka yang sudah sedia sulit semakin sulit.

"Diharapkan bantuan mikrokredit itu menjadi satu mekanisma bantuan yang mudah dipohon, tanpa dokumentasi yang rumit, cepat kelulusan dan benar-benar mencapai sasaran membantu penjaja mengharungi kesukaran perniagaan," katanya.

Jelasnya, dana tersebut juga harus disalurkan secara adil kepada penjaja yang terjejas tanpa membiarkan walaupun seorang yang tertinggal.

"Dana ini harus juga disalurkan sebagai modal permulaan kepada golongan yang mahu memulakan perniagaan, terutama bagi mereka yang kehilangan pekerjaan akibat pandemik Covid -19 ini.

"Berbanding Penjana yang diumumkan tahun lepas yang hanya memberi dana kepada perniagaan yang sudah enam bulan beroperasi, Permai diharap dapat menjadi dana pemulaan bagi peniaga yang mahu menceburi perniagaan," katanya lagi.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!