Jamal tawar diri jadi sukarelawan suntik vaksin Covid-19

Kenyataan Jamal di Facebook beliau pada Selasa.
Kenyataan Jamal di Facebook beliau pada Selasa.
A
A
A

SHAH ALAM - Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos menawarkan diri menjadi sukarelawan bagi menyertai kajian klinikal mengenai keberkesanan dan keselamatan vaksin Covid-19.

Jamal berkata, beliau sudah memaklumkan perkara itu kepada pegawai Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Menyahut seruan KKM. Demi agama negara dan rakyat. Insya-ALLAH saya menawarkan diri untuk menjadi sukarelawan menerima suntikan vaksin Covid-19. Saya telah maklumkan kepada pegawai KKM,” katanya menerusi kenyataan di Facebook beliau pada Selasa.

Terdahulu, media melaporkan KKM memerlukan sukarelawan bagi menyertai kajian klinikal dalam usaha kerajaan mencari vaksin yang selamat dan berkesan demi melindungi orang ramai daripada Covid-19.

Sukarelawan yang perlu berusia sekurang-kurangnya 18 tahun itu hanya akan terbabit pada ujian klinikal vaksin fasa ketiga yang dibangunkan Institut Biologi Perubatan, Akademi Sains Perubatan Cina (IMBCAMS).

Artikel Berkaitan: