Pengundi Semenyih mohon injuksi halang PRK

No Image Caption
A
A
A

SHAH ALAM - Seorang pengundi berdaftar di DUN Semenyih akan memfailkan saman terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi memohon injuksi menghalang perjalanan PRK di kerusi tersebut diadakan pada 16 Februari ini.

Peguam, Mohd Khairul Azam Abdul Aziz yang mewakili individu tersebut berkata, tindakan diambil atas alasan SPR tidak wujud secara sah mengikut Perlembagaan Persekutuan kerana dianggotai seorang tanpa ahli setakat ini.

"Ia akan dikemukakan di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada Isnin ini.

" Tindakan ini diambil ekoran daripada peletakan jawatan enam Ahli SPR itu pada 1 Januari lalu dan sehingga kini masih belum diisi," katanya kepada Sinar Harian, hari ini.

Enam bekas Ahli SPR itu ialah Tan Sri Othman Mahmood, Datuk Md. Yusop Mansor, Datuk Abdul Aziz Khalidin, Datuk Sulaiman Narawi, Datuk K. Bala Singam and Datuk Leo Chong Cheong.

ARTIKEL BERKAITAN:Fungsi SPR tidak terjejas

Sebelum ini, Pengerusi SPR, Azhar Harun menegaskan, fungsi suruhanjaya itu tidak terjejas walaupun kini hanya mempunyai pengerusi dan tiada ahli lain.

Jelasnya, SPR masih berfungsi walaupun hanya tinggal dirinya seorang, malah segala keputusan yang dibuat adalah sah dan dibenarkan Perlembagaan Persekutuan.

Artikel Berkaitan:

SPR menetapkan tarikh hari penamaan calon pada 16 Februari ini, diikuti hari mengundi awal pada 26 Februari manakala 2 Mac sebagai hari mengundi bagi PRK tersebut.

PRK Dun Semenyih diadakan berikutan kematian penyandangnya, Bakhtiar Mohd Nor pada 11 Januari lalu.