Hadapi masalah cinta, wanita nekad terjun bangunan

Lokasi mangsa terjatuh selepas terjun dari rumahnya di tingkat dua pangsapuri di Selayang Heights, Kuala Lumpur Selasa.
Lokasi mangsa terjatuh selepas terjun dari rumahnya di tingkat dua pangsapuri di Selayang Heights, Kuala Lumpur Selasa.
A
A
A

SELAYANG - Seorang wanita yang sedang menghadapi masalah cinta nekad terjun dari rumahnya di tingkat dua sebuah pangsapuri di Selayang Heights di sini pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, pusat kawalan Ibu Pejabat Polis Dearah (IPD) Gombak menerima panggilan daripada ibu mangsa pada jam 5.50 pagi memaklumkan anaknya yang berusia 26 tahun itu cuba membunuh diri.

Menurutnya, mangsa ditemui berada di atas atap (awning) dan kelihatan cuba terjun sambil mengatakan hendak bercakap dengan teman lelakinya.

"Pihak polis dan bomba Selayang datang bagi membantu menurunkan mangsa yang berada di atas atap tersebut tetapi wanita itu telah terjun dan jatuh di atap tingkat satu dan papan iklan," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Beliau berkata, mangsa telah dibawa ke Hospital Selayang untuk pemeriksaan serta rawatan sebelum doktor memaklumkan bahawa wanita itu hanya mengalami kecederaan ringan.

"Siasatan mendapati wanita berkenaan menghadapi masalah hubungan dengan teman lelakinya beberapa minggu lepas sehingga mengambil keputusan untuk bunuh diri.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 309 Kanun Keseksaan, " katanya.

Artikel Berkaitan: