Felda beli 41 juta saham FGV daripada pasaran terbuka

Felda membeli 41 juta saham FGV Holdings Bhd daripada pasaran terbuka dengan harga RM53.3 juta.
Felda membeli 41 juta saham FGV Holdings Bhd daripada pasaran terbuka dengan harga RM53.3 juta.
A
A
A

LEMBAGA Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) membeli 41 juta saham FGV Holdings Bhd daripada pasaran terbuka dengan harga RM53.3 juta.

FGV dalam makluman kepada Bursa Malaysia pada Selasa berkata saham itu dibeli pada RM1.30 sesaham semalam (Isnin).

Pada 14 Januari, Felda membeli 22 juta saham FGV daripada pasaran terbuka dengan harga RM28.38 juta.

Felda mengeluarkan dokumen tawaran pada 12 Jun berkaitan dengan pengambilalihan mandatori tidak bersyarat bagi semua baki saham dalam FGV yang ia tidak miliki, kecuali saham perbendaharaan.

Tawarannya bagi RM1.30 sesaham akan terbuka bagi penerimaan sehingga 5 petang pada 2 Feb, melainkan dilanjutkan atau disemak semula dengan pengumuman akan dibuat oleh Maybank Investment Bank Bhd, penasihat prinsipal Felda bagi tawaran pengambilalihan itu, dua hari sebelum tarikh tutup.

Pada 8 Disember 2020, Felda, yang telah memiliki 21.24 peratus pegangan dalam FGV, menambah pegangannya dalam syarikat itu kepada 35.12 peratus dan bercadang menjadikan FGV syarikat persendirian pada RM1.30 sesaham.

Pegangan 13.88 peratus itu dibeli daripada Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (6.1 peratus) dan Urusharta Jamaah Sdn Bhd (7.78 peratus).

Saham FGV tidak berubah pada RM1.30 pada dagangan tengah hari pada Selasa dengan 5.97 juta saham diniagakan. - Bernama

Artikel Berkaitan: