X

Kindly register in order to view this article
!

Ahad | 26 Jun 2022

Hujan lebat diramal di beberapa kawasan di Sabah, Sarawak, Labuan

MetMalaysia mengeluarkan amaran cuaca waspada dengan hujan lebat dijangka berlaku di beberapa kawasan di Sarawak hingga esok (Rabu). Foto Bernama
A
A

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca waspada dengan hujan lebat dijangka berlaku di beberapa kawasan di Sarawak hingga esok (Rabu).

Menurut kenyataan jabatan itu pada 10.50 pagi Selasa, hujan lebat turut dijangka berlaku di beberapa kawasan di Sabah dan Labuan hari ini (Selasa).

Kawasan yang terlibat di Sarawak ialah Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi) dan Limbang, sementara di Sabah membabitkan kawasan pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Keningau dan Tambunan), Sandakan (Telupid, Beluran dan Sandakan) dan Kudat.

Sementara itu Ketua Pengarah MetMalaysia Jailan Simon berkata dalam tempoh tersebut, kejadian angin kencang boleh berlaku di kawasan pantai di negeri Sarawak dan Sabah.

“Angin kencang timur laut berkelajuan melebihi 60 kilometer sejak (kmsj) dengan ombak mencapai ketinggian melebihi 4.5 meter boleh berlaku di perairan Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor Timur, Sarawak, Sabah Barat dan Labuan dalam tempoh tersebut,” katanya.

Keadaan sama turut diramal berlaku di perairan Sabah Timur dan boleh mendatangkan risiko limpahan air laut di pesisir pantai serta muara sungai kawasan terbabit, katanya. - Bernama


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!