Mayat nelayan terapung di muara sungai

Mangsa ditemui lemas di muara Sungai Langat, Kampung Kelanang, selepas bot dinaiki dipercayai terbalik, pada Isnin.
Mangsa ditemui lemas di muara Sungai Langat, Kampung Kelanang, selepas bot dinaiki dipercayai terbalik, pada Isnin.
A
A
A

KUALA LANGAT - Seorang nelayan ditemui mati lemas di muara Sungai Langat, Kampung Kelanang, di sini pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Azizan Tukiman berkata, sepasukan anggota polis pergi ke lokasi selepas Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat dimaklumkan mengenai kejadian itu pada jam 6.30 petang.

Menurutnya, mayat mangsa dikenali Sidin Osman, 65, dijumpai terapung oleh nelayan lain sebelum dibawa ke Jeti Nelayan Kampung Kelanang.

"Siasatan awal mendapati mangsa turun ke laut seorang diri untuk menjaring ikan dengan menaiki bot sebelum bot terbabit dipercayai terbalik. Mayat mangsa dibawa ke Hospital Banting untuk bedah siasat," katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.

Tambahnya, tiada sebarang unsur perbuatan jenayah hingga menyebabkan kematian dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Difahamkan, mangsa adalah bekas jurulatih kawad Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) dan mesra dengan panggilan 'Sarjan'.

Artikel Berkaitan: