PKP: Hotel di Negeri Sembilan dijangka alami kerugian RM10j

Pengusaha hotel di Negeri Sembilan dijangka mengalami kerugian sehingga RM10 juta apabila Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan dalam masa dua minggu ini. - Foto 123RF
Pengusaha hotel di Negeri Sembilan dijangka mengalami kerugian sehingga RM10 juta apabila Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan dalam masa dua minggu ini. - Foto 123RF
A
A
A

SEREMBAN - [DIKEMAS KINI] Pengusaha hotel di Negeri Sembilan dijangka mengalami kerugian sehingga RM10 juta apabila Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan dalam masa dua minggu ini.

Pengerusi Persatuan Hotel-Hotel (MAH) Negeri Sembilan, Haziz Hassan berkata, data itu diperoleh daripada anggaran bilik penginapan hotel yang berdaftar dengan MAH.

Katanya, setakat ini sebanyak 35 hotel di Negeri Sembilan berdaftar dengan MAH dan ada beberapa hotel lain yang memohon berdaftar selepas PKP.

Beliau berkata, tempoh PKP akan memberi impak kepada industri pelancongan negara dan pengusaha hotel antara pihak yang paling terkesan.

Haziz
Haziz

"Hasil perbincangan daripada semua MAH di seluruh negara, kita menjangkakan industri perhotelan akan mengalami kerugian lebih RM300 juta bagi seluruh negara.

ARTIKEL BERKAITAN: PKP di Seremban, Port Dickson bermula esok

PKP 2.0 libatkan enam negeri mulai 13 Januari

Artikel Berkaitan:

"Kita berharap keadaan seperti ini tidak berterusan. Jika tempoh dilanjutkan kita bimbang lagi boleh 'membunuh' industri perhotelan dan pelancongan negara,"katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.

Katanya, bagi merancakkan kembali industri pelancongan dan perhotelan negara, pelbagai inisiatif dilakukan oleh pihak hotel, termasuk memberi diskaun sehingga 80 peratus bagi bilik penginapan.

"MAH juga sentiasa menyokong usaha yang dilaksanakan bagi sama-sama memastikan industri ini terus membangun selepas tempoh PKP," katanya.

Tambah Haziz, sepanjang tempoh PKP ini, sebanyak tiga hotel di Port Dickson termasuk satu di Nilai ditutup sementara bagi mengurangkan kos kerugian.