Benarkan peniaga makanan beroperasi sehingga 10 malam

No Image Caption
A
A
A

KERAJAAN perlu mempertimbangkan desakan pelbagai pihak untuk membenarkan peniaga makanan beroperasi sehingga pukul 10 malam.

Permintaan tersebut wajar kerana berdasarkan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan ialah makanan hanya boleh dibungkus sahaja dan tidak dibenarkan makan di dalam kedai.

Dengan keadaan sekarang, pendapatan mereka telah jatuh merudum sehingga 50 peratus dan mereka perlu dibantu bagi meneruskan kelangsungan hidup dan perniagaan.

Harus diingat bahawa peniaga kedai makanan ini penting kerana mempunyai kesan berganda kepada ekonomi.

Golongan nelayan, petani dan penternak membekalkan barang mereka kepada peraih dan penjual di pasar sebelum dibeli oleh peniaga makanan.

Penghantar makanan makanan juga bergantung pendapatan mereka kepada peniaga makanan.

Pelanggan yang memerlukan makanan pula berbelanja untuk membeli makanan yang dijual oleh peniaga makanan terbabit.

Ini menunjukkan bahawa peniaga makanan juga penting untuk mengerakkan ekonomi negara walaupun kesan limpahannya tidak sebesar sektor pembinaan dan industri.

Artikel Berkaitan:

Ketika ramai yang diberhentikan kerja, perniagaan makanan merupakan satu bidang yang boleh diceburi dan mampu menjana pendapatan.

Selain itu, kerajaan juga perlu memahami bahawa terdapat banyak kedai-kedai makanan yang beroperasi pada waktu malam.

Antaranya, ialah peniaga-peniaga burger yang banyak diceburi oleh golongan muda.

Sehubungan itu, berilah ruang untuk golongan peniaga makanan untuk bernafas dalam keadaan yang sukar pada ketika ini.

Sekurang-kurangnya, langkah tersebut dapat memberi kelegaan kepada rakyat.