X

Kindly register in order to view this article
!

Inisiatif Permai bantu kelangsungan industri pelancongan negara

A
A

PUTRAJAYA - Inisiatif Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (Permai) akan membolehkan penggiat industri pelancongan, seni dan budaya meneruskan kelangsungan perniagaan dan seterusnya mengekalkan tenaga kerja masing-masing, kata Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri.

Beliau berkata, inisiatif Permai akan memanfaatkan 14,000 pemandu pelancong dengan bantuan kewangan sekali beri sebanyak RM500 yang turut diperuntukkan kepada 118 ribu pemandu teksi, bas sekolah, bas persiaran, kereta sewa dan e-hailing menerusi peruntukan tambahan sebanyak RM66 juta.

"Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) akan bekerjasama dengan kementerian berkaitan untuk menyegerakan proses pembayaran," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

ARTIKEL BERKAITAN: Bantuan RM500 kepada pemandu pelancong, teksi, bas dan e-hailing

Diskaun khas bil elektrik

Dalam pada itu, pengendali hotel, taman tema, pusat konvensyen, pusat beli-belah, pejabat syarikat penerbangan tempatan serta agensi pengembaraan dan pelancongan diberi diskaun khas bil elektrik sebanyak 10 peratus bagi tempoh Januari hingga Mac 2021.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Isnin mengumumkan pakej bantuan Permai bernilai RM15 bilion, yang mengandungi 22 inisiatif dengan matlamat untuk memerangi pandemik Covid-19, memelihara kebajikan rakyat dan menyokong kelangsungan perniagaan. - Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!