DBKL tutup restoran gajikan warga asing tanpa permit

Pegawai penguat kuasa menampal notis penutupan premis yang terletak di Taman Pertama Cheras, Kuala Lumpur pada Isnin.
Pegawai penguat kuasa menampal notis penutupan premis yang terletak di Taman Pertama Cheras, Kuala Lumpur pada Isnin.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menyerbu sebuah premis di Jalan 2/90 Taman Pertama Cheras di sini kerana menggajikan warga asing tanpa kebenaran.

Unit Media DBKL dalam satu kenyataan memaklumkan, serbuan oleh Jabatan Penguatkuasaan DBKL disertai oleh seorang pegawai dan lapan orang anggota penguat kuasa pada jam 11 pagi Isnin.

Menurut kenyataan itu, serbuan menerusi operasi khas tersebut melibatkan pemeriksaan terhadap premis tersebut selepas menerima aduan daripada orang ramai.

Antara pekerja warga asing yang diperiksa di premis yang terletak di Taman Pertama Cheras, Kuala Lumpur pada Isnin.
Antara pekerja warga asing yang diperiksa di premis yang terletak di Taman Pertama Cheras, Kuala Lumpur pada Isnin.

Katanya, tindakan menutup premis restoran telah dilaksanakan dan satu notis tindakan notis tutup premis serta merta di bawah Seksyen 101(1)(v) Akta Kerajaan Tempatan 1976,

“Sebanyak tiga notis kompaun Menggajikan Warga Asing Tanpa Permit di bawah UUK20(1)(b) UUK Perlesenan Tred Perniagaan dan Perindustrian (WPKL) 2016 dan satu Notis UUK5(1) Papan Tanda Tanpa Kebenaran di bawah UUK Iklan (WPKL) 1982 turut dikenakan ke atas premis itu.

Notis kompaun yang diterima oleh premis restoran tersebut.
Notis kompaun yang diterima oleh premis restoran tersebut.

“Penguatkuasaan dilakukan di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 dan Undang-Undang Kecil Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian (WPKL) 2016 serta mengikut bidang kuasa dan prosedur operasi standard (SOP) DBKL.

Artikel Berkaitan:

“Operasi ini akan diteruskan dari masa ke masa,” kata kenyataan itu pada Isnin.