Pengecualian cukai jualan kenderaan dilanjut hingga 30 Jun

Gambar hiasan - Foto 123RF
Gambar hiasan - Foto 123RF
A
A
A

SHAH ALAM - Pengecualian cukai jualan ke atas kenderaan penumpang jenis pemasangan tempatan dan import siap akan dilanjutkan sehingga 30 Jun depan.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ia adalah lanjutan daripada inisiatif sama yang pernah diumumkan sebelum ini menerusi Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana) yang sebelum ini dijadualkan berakhir 31 Disember lalu.

Sementara itu, Muhyiddin turut memaklumkan pembiayaan maksimum Skim Jaminan Prihatin Danajamin (SJPD) ditingkatkan kepada RM1 bilion berbanding RM500 juta sebelum ini.

Katanya, kerajaan juga akan memperluaskan skop pembiayaannya kepada perbelanjaan modal dengan tempoh jaminan sehingga 10 tahun.

Menurutnya, syarikat milik asing yang beroperasi di Malaysia juga boleh mendapat jaminan SJPD dengan syarat jumlah pekerja tempatan mereka adalah sekurang-kurangnya 75 peratus.

Artikel Berkaitan: