X

Kindly register in order to view this article
!

Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS

Foto 123RF
A
A

RINGGIT ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Isnin selepas pasaran menerima isyarat bahawa bakal setiausaha Perbendaharaan Amerika Syarikat, Janet Yellen akan memberi sokongan padunya bagi dolar AS yang lebih kukuh.

Pada penutup dagangan, unit tempatan berada pada 4.0500/0540 berbanding dolar AS daripada 4.0350/0380 pada Jumaat minggu lepas.

Ketua Strategi Pasaran Global Axi Stephen Innes berkata, pengukuhan dolar itu mencerminkan pengelakan risiko.

Di dalam negara katanya, mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari Bank Negara Malaysia yang dijadualkan esok akan mempengaruhi prestasi ringgit.

“Saya fikir penurunan kadar adalah satu kemungkinan. Jika mereka tidak mengurangkannya, ia akan menjadi satu kepelbagaian bagi tahun ini dan bukan menandakan peralihan kepada dasar kelonggaran, jadi pasaran mata wang tidak akan memberikan reaksi negatif,” katanya.

Berbanding mata wang utama lain, unit tempatan ditutup kebanyakannya tinggi kecuali berbanding yen.

Ringgit mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.0378/0417 daripada 3.0386/041 pada Jumaat dan meningkat berbanding pound Britain kepada 5.4784/4855 daripada 5.5029/5086.

Unit tempatan naik berbanding euro kepada 4.8847/8903 daripada 4.8977/9021 pada Jumaat minggu lepas namun susut berbanding yen kepada 3.9010/9056 daripada 3.8918/8962. - Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!