Diskaun khas bil elektrik

No Image Caption
A
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan bersetuju memberi diskaun khas bil elektrik sehingga Jun tahun ini.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, diskaun sebanyak 10 peratus bagi tempoh Januari hingga Mac 2021 diberikan kepada enam sektor perniagaan di seluruh negara.

Menurutnya, penurunan bil elektrik sehingga sembilan peratus bagi tempoh enam bulan mulai 1 Januari bakal dimanfaatkan oleh pengguna Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang lain.

"Enam sektor perniagaan tersebut meliputi pengendali hotel, taman tema, pusat konvensyen, pusat beli-belah, pejabat syarikat penerbangan tempatan serta agensi pengembaraan dan pelancongan.

"Di samping itu, rebat elektrik diberikan kepada semua pengguna TNB, domestik dan bukan domestik pada kadar 2 sen setiap kilowatt perjam iaitu bersamaan penurunan bil elektrik sehingga sembilan peratus bagi tempoh enam bulan mulai 1 Januari hingga 30 Jun 2021," katanya pada Pengumuman Khas Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (Permai) yang disiarkan secara langsung di stesen televisyen serta platform media sosial pada Isnin.

Artikel Berkaitan: