PKP 2.0: Ekonomi negara masih terkawal

Foto 123RF
Foto 123RF
A
A
A

SHAH ALAM - Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 dijangka tidak akan memberi impak yang sama terhadap ekonomi negara seperti mana yang berlaku dalam perintah sama tahun lalu.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ini kerana pelaksanaan PKP pada kali ini membenarkan lebih banyak aktiviti ekonomi beroperasi.

"Sebelum ini, kita telah menyaksikan kesan pelaksanaan PKP ke atas pertumbuhan ekonomi, di mana KDNK suku tahun kedua 2020 mencatat kemerosotan yang sangat ketara dan kadar pengangguran juga telah meningkat.

"Jadi, kerajaan tidak menjangkakan impak yang sama seperti suku kedua 2020 akan dialami dengan pelaksanaan PKP pada kali ini memandangkan lebih banyak aktiviti ekonomi dibenarkan untuk beroperasi.

"Oleh itu, impak PKP semasa ke atas ekonomi masih terkawal. Pertumbuhan akan terus disokong oleh sektor eksport yang memberangsangkan dengan pemulihan perdagangan dunia," katanya pada Pengumuman Khas Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (Permai) yang disiarkan secara langsung pada Isnin.

Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata, pakej rangsangan ekonomi, Belanjawan 2021 dan Pakej Bantuan Permai yang baharu diperkenalkan juga akan membantu merancakkan lagi ekonomi negara.

"Seterusnya, projek dan program yang berimpak tinggi dan mempunyai kesan pengganda yang besar akan terus memacu momentum pemulihan ekonomi," katanya.

Artikel Berkaitan: