Hospital swasta setuju rawat pesakit hospital kerajaan

Perutusan khas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin
Perutusan khas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin
A
A
A

SHAH ALAM - Pihak hospital swasta bersetuju menerima dan merawat pesakit Covid-19 serta pesakit bukan Covid-19 daripada hospital kerajaan.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, persetujuan itu hasil kerjasama antara sektor awam dan swasta dalam memerangi Covid-19, bermatlamat meringankan tekanan kepada sistem kesihatan awam.

Sehubungan itu, beliau berkata, kerajaan bersetuju menyediakan peruntukan RM100 juta bagi tujuan tersebut.

"Untuk meneruskan semangat kerjasama antara sektor awam dan swasta dalam memerangi Covid-19, hospital swasta bersetuju untuk menerima dan merawat kedua-dua pesakit Covid-19 dan bukan Covid-19 bagi meringankan tekanan kepada sistem kesihatan awam.

"Kerajaan akan memperuntukkan RM100 juta bagi tujuan ini," katanya dalam Perutusan Khas Perdana Menteri yang disiarkan secara langsung pada Isnin.

Artikel Berkaitan: