X

Kindly register in order to view this article
!

Warga emas maut kereta langgar lori

Keadaan kereta Proton Saga FLX yang melanggar belakang sebuah lori menyebabkan seorang maut di Kilometer 8 Jalan Changkat Jong, Teluk Intan pada Isnin. Foto Ihsan JBPM Perak
A
A

TELUK INTAN - Seorang wanita warga emas maut apabila kenderaan dinaiki bersama suami dan anaknya melanggar sebuah lori yang diparkir di tepi jalan di Kilometer 8 Jalan Changkat Jong di sini pada Isnin.

Mangsa yang maut, Siti Zaleha Sharani, 65, beralamat Taman Maju Batu 12 Jalan Changkat Jong merupakan penumpang kereta Proton Saga FLX yang pandu anaknya dalam nahas tersebut.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Kamarudin Mat Salleh berkata, kejadian tersebut berlaku kira-kira jam 9 pagi membabitkan sebuah kereta Proton Saga FLX dan sebuah lori Hino.

Anggota Bomba dan Penyelamat sedang mengeluarkan mangsa yang tersepit akibat kemalangan tersebut. Foto Ihsan JBPM Perak
Anggota Bomba dan Penyelamat sedang mengeluarkan mangsa yang tersepit akibat kemalangan tersebut. Foto Ihsan JBPM Perak

"Sampai di lokasi kejadian, kereta tersebut dipercayai cuba mengelak sebuah lori yang tidak diketahui nombor pendaftaran berada di hadapannya sedang masuk ke simpang sebelah kanan.

"Akibatnya, kereta tersebut telah melanggar belakang sebuah lori yang diparkir di kiri bahu jalan menyebabkan seorang penumpang hadapan kereta tersebut meninggal dunia di lokasi kejadian," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Beliau berkata, pemandu kereta, Mohammad Saiful Azizan, 26, mengalami kecederaan pada tangan kiri, manakala bapanya, Azizan Md Isa, 75, yang merupakan penumpang belakang mengalami kecederaan parah akibat kemalangan tersebut.

Sementara itu, katanya, pemandu lori yang berusia 31 tahun tidak mengalami kecederaan.

"Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Teluk Intan untuk bedah siasat, manakala mangsa yang cedera turut dirawat di hospital sama," katanya.

Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!