Perlindungan Perkeso RM24 juta untuk 'delivery riders'

Kerajaan memperuntukkan RM24 juta bagi membiayai caruman penuh pekerja khidmat penghantaran (delivery riders) di bawah Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (Perkeso). - Foto fail Bernama
Kerajaan memperuntukkan RM24 juta bagi membiayai caruman penuh pekerja khidmat penghantaran (delivery riders) di bawah Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (Perkeso). - Foto fail Bernama
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] Kerajaan memperuntukkan RM24 juta bagi membiayai caruman penuh pekerja khidmat penghantaran (delivery riders) di bawah Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri, Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ia sebagai inisiatif kerajaan dalam menghargai sumbangan 'delivery riders' yang menjadi barisan sokongan dalam penghantaran barangan dan makanan semasa tempoh kawalan pergerakan.

"Sehubungan itu, sejumlah RM24 juta telah diperuntukkan oleh kerajaan bagi membiayai caruman penuh mereka di bawah Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri Perkeso.

"Setakat ini, hampir 32,000 permohonan daripada 'delivery riders' telah diterima untuk perlindungan skim berkenaan," katanya dalam Perutusan Khas Perdana Menteri yang disiarkan secara langsung pada Isnin.

Artikel Berkaitan: