X

Kindly register in order to view this article
!

SPRM sedia siasat, polis belum terima laporan

Laporan Sinar Harian pada Ahad mengenai keindahan alam semula jadi di kawasan Air Terjun Tanjung Batu, Segari di sini musnah akibat aktiviti kuari beroperasi sejak pertengahan tahun lalu.
A
A

IPOH - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedia menyiasat isu kerosakan di kawasan Air Terjun Tanjung Batu, Segari.

Pengarah SPRM Perak, Datuk Mohd Fauzi Mohamad berkata, pihaknya memantau perkembangan isu berkenaan dan siasatan lanjut akan dilakukan sekiranya didapati berlaku unsur penyelewengan dan salah guna kuasa.

"Sekiranya didapati ada unsur-unsur rasuah dalam isu ini, sudah tentu siasatan akan dilakukan," katanya kepada pemberita di sini pada Isnin.

Beliau bagaimanapun berkata, setakat ini tiada laporan rasmi dibuat kepada SPRM daripada mana-mana pihak berhubung kes terbabit.

"Kita minta jika ada maklumat ketirisan berkaitan aktiviti atau sebarang penyelewengan, orang awam hendaklah segera melaporkan kepada SPRM untuk tindakan," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Nor Omar Sappi berkata, polis setakat ini belum menerima sebarang laporan mengenai perkara itu sama ada daripada penduduk mahupun pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

"Tiada laporan diterima setakat ini," katanya di sini pada Isnin.

Terdahulu, Sinar Harian melaporkan kawasan air terjun berketinggian dianggarkan 300 meter itu musnah berikutan pembangunan projek kuari yang telah bermula sejak pertengahan tahun lalu.

Projek itu mendapat kelulusan kerajaan negeri menerusi syarikat berkaitan kerajaan iaitu Perbadanan Menteri Besar (MB Inc) di sebahagian kompartmen 16 di Hutan Simpanan Kekal (HSK) Segari Melintang.

Sehubungan itu, kerajaan negeri Perak mengarahkan semua kerja-kerja hutan termasuk aktiviti kuari di kawasan air terjun itu dihentikan serta-merta bagi memberi laluan siasatan terperinci dilakukan.

ARTIKEL BERKAITAN: Kerja pembersihan Air Terjun Tanjung Batu dilakukan segera

Air Terjun Tanjung Batu musnah


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!