Misi Bantuan Banjir EOCM 2021 dilancar

Misi Bantuan Banjir EOCM 2021 sudah dilancarkan sejak awal Januari lalu.
Misi Bantuan Banjir EOCM 2021 sudah dilancarkan sejak awal Januari lalu.
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Lebih 6000 ahli berdaftar Exora Owner Cars Club Malaysia (EOCM) khususnya di kawasan yang terlibat dengan bencana banjir bersiap siaga menyalurkan bantuan kepada mangsa yang terjejas.

Presidennya, Sayutie Hassan berkata, misi bantuan yang dilancarkan sejak awal Januari lalu melibatkan negeri Pahang, Terengganu, Kelantan dan Johor.

“Kami bersyukur kerana dapat mengumpul sejumlah wang dan barangan keperluan untuk disalurkan untuk fasa pertama dan misi bantuan ini diteruskan kerana kami melihat masih ramai lagi mereka yang memerlukan bantuan di kawasan-kawasan terjejas,” katanya.

Menurut Sayutie, sebagai sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), ini bukan kali pertama EOCM terlibat dalam misi bantuan seperti ini.

Sayutie
Sayutie

“Tak dinafikan terdapat dalam kalangan mangsa tidak sempat menyelamatkan harta benda akibat banjir yang berlaku mendadak, justeru atas rasa kebersamaan sebagai rakyat Malaysia tanpa memilih agama dan bangsa kami melancarkan tabung Misi Bantuan Banjir EOCM 2021.

Sayutie berkata, orang ramai boleh menyumbang barangan keperluan harian, perubatan dan juga kewangan.

“Kita menerima apa sahaja bentuk sumbangan manakala sumbangan berbentuk wang kami sarankan ianya dikreditkan ke akaun bank EOCM bagi tujuan rekod,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Orang ramai boleh menyalurkan sumbangan kepada EOCM menerusi akaun Maybank 5551 0830 2230 (Exora Owner Cars Club Malaysia). Maklumat lanjut mengenai bantuan boleh hubungi Mohd Zaini 019-2439914 atau Jamaluddin Md Desa 013-3768008.