X

Kindly register in order to view this article
!

Henti berbalah isu proklamasi darurat: DPBM

Gambar kecil: Datuk Dr Mohd Radzi Abd Latif
A
A

SHAH ALAM - Dewan Profesional Bumiputera Malaysia (DPBM) menggesa pihak pembangkang agar menghentikan perbalahan mengenai isu proklamasi darurat yang diperkenankan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Presidennya, Datuk Dr Mohd Radzi Abd Latif berkata, pembangkang seharusnya bekerjasama dengan kerajaan bagi memastikan sasaran sifar Covid-19 dicapai dan merancakkan usaha pemulihan ekonomi negara.

“Kita tidak harus membazirkan waktu untuk berbalah sementara menunggu perintah darurat tamat pada bulan Ogos kelak. Sebaliknya kita wajar memanfaatkan masa yang ada untuk membuktikan bahawa pembangkang sedia mengetepikan perbezaan pendapat kerana sayangkan rakyat,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Radzi berkata, penggantungan Parlimen yang berlaku sejurus selepas Belanjawan 2021 diluluskan merupakan berita gembira buat rakyat.

“Ini membolehkan semua urusan kerajaan dilaksanakan dengan lancar walaupun Parlimen tidak dapat bersidang sehingga tempoh darurat tamat kelak.

Yang di-Pertuan Agong sebelum ini memberi perkenan agar proklamasi darurat dilaksanakan pada 12 Januari sehingga 1 Ogos depan sebagai langkah proaktif membendung wabak Covid-19 di Malaysia.

Pada 14 Januari lalu, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghantar surat kepada semua ahli Parlimen mengajak mereka mengutuskan warkah kepada Yang di-Pertuan Agong dalam usaha merayu membatalkan pelaksanaan darurat itu dan Parlimen boleh segera bersidang.

Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu menegaskan bahawa Parlimen perlu bersidang segera untuk membahaskan isu darurat, Covid-19 dan kemelut ekonomi yang melanda negara.

ARTIKEL BERKAITAN: Agong perkenan isytihar darurat sehingga 1 Ogos

Anwar hantar surat kepada semua MP rayu Agong batal darurat


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!