Cemas kapal pengangkut pekerja hampir karam

Kapal pengangkut pekerja tersadai ke tebing pemecah ombak di muara Sungai Terengganu, Kuala Nerus pada Isnin. Foto: Ihsan pembaca
Kapal pengangkut pekerja tersadai ke tebing pemecah ombak di muara Sungai Terengganu, Kuala Nerus pada Isnin. Foto: Ihsan pembaca
A
A
A

KUALA NERUS - Seramai 10 individu termasuk tiga wakil pekerja syarikat pelantar minyak berdepan detik cemas apabila kapal pengangkut pekerja dinaiki mereka hampir karam di muara Sungai Terengganu di sini pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Md Din berkata, dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi itu, mereka sedang menjalankan ujian di laut ke atas kapal yang hendak disewa daripada sebuah syarikat perkapalan berpengkalan di Miri, Sarawak.

"Saya dimaklumkan kapal tersebut keluar dari Jeti Pulau Duyong di sini kira-kira jam 7.30 pagi untuk melakukan ujian di laut. Semasa mereka hendak berpatah balik ke jeti semula, kapal tersebut secara tiba-tiba mengalami kerosakan teknikal.

"Secara kebetulan semasa kejadian itu, ombak besar berlaku dan menolak kapal tersebut sehingga tersadai ke tebing pemecah ombak di lokasi," katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian pada Isnin.

Beliau berkata, pihaknya dimaklumkan bahawa kesemua individu berusia sekitar 40-an itu selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Artikel Berkaitan: