X

Kindly register in order to view this article
!

Dua kakitangan IPK Melaka positif Covid-19

A
A

MELAKA - Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Melaka mengesahkan dua kakitangan wanitanya didapati positif Covid-19.

Ketua Polis negeri, Datuk Abdul Majid Mohd Ali berkata, susulan itu, seramai 83 kakitangan IPK Melaka telah menjalani ujian saringan Covid-19.

Menurutnya, kes positif itu tidak membabitkan mana-mana kakitangan dan hanya membabitkan kontak rapat keluarga kakitangan terlibat.

"Dua kakitangan yang disahkan positif itu membabitkan seorang sub inspektor dan seorang kakitangan awam yang bertugas di bahagian logistik masing-masing berusia 30 dan 53 tahun.

"Sub inspektor itu dipercayai menerima jangkitan daripada teman kepada anaknya, manakala seorang lagi menerima jangkitan daripada kakaknya yang positif apabila pulang ke kampung," katanya ketika ditemui di Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) di Bukit Beruang di sini pada Isnin.

Mengulas lanjut, Abdu Majid berkata, kakitangan yang positif ini masih mendapatkan rawatan di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) Serdang sejak minggu lalu.

Katanya, seramai 45 kakitangan IPK diarahkan kuarantin di rumah membabitkan kontak rapat daripada pegawai, anggota dan ahli keluarga.

"Biarpun terdapat kakitangan kita yang dikuarantin, namun anggota masih komited dalam melakukan tugasan," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!