Somaliland hasrat jalin kerjasama diplomatik، ekonomi dengan Malaysia

Abu Bakar menerima surat rasmi daripada Menteri Perdagangan، Industri dan Pelancongan Republik Somaliland، Mohamoud Hassan Sa'ad semalam.
Abu Bakar menerima surat rasmi daripada Menteri Perdagangan، Industri dan Pelancongan Republik Somaliland، Mohamoud Hassan Sa'ad semalam.
A
A
A

PUTRAJAYA - Republik Somaliland berhasrat untuk menjalin kerjasama strategik dengan Malaysia bagi mengukuhkan kedudukan ekonomi negara berkenaan.

Menteri Perdagangan, Industri dan Pelancongannya, Mohamoud Hassan Sa'ad berkata, Somaliland ketika ini tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Malaysia namun ianya mungkin dapat direalisasikan pada masa depan.

"Ia diyakini akan membuka peluang-peluang baharu yang menguntungkan kedua-dua buah negara.

"Dengan populasi 4.5 juta orang dan Islam agama rasmi, Republik Somaliland sedikit sebanyak mempunyai persamaan dengan Malaysia.

"Kita berharap Malaysia dapat mengiktiraf hubungan diplomatik dengan Republik Somaliland sebagaimana negara-negara lain seperti United Kingdom dan negara-negara arab lain, " katanya yang mengadakan kunjungan tidak rasmi kepada Setiausaha Politik Perdana Menteri, Abu Bakar Yahya di Bangunan Perdana Putra, di sini semalam.

Setiausaha Politik Perdana Menteri، Abu Bakar Yahya (kiri) mengadakan perbincangan dengan Menteri Perdagangan، Industri dan Pelancongan Republik Somaliland، Mohamoud Hassan Sa'ad (kiri) bersama delegasi negara itu di Bangunan Perdana Putra، Putrajaya semalam.
Setiausaha Politik Perdana Menteri، Abu Bakar Yahya (kiri) mengadakan perbincangan dengan Menteri Perdagangan، Industri dan Pelancongan Republik Somaliland، Mohamoud Hassan Sa'ad (kiri) bersama delegasi negara itu di Bangunan Perdana Putra، Putrajaya semalam.

Hadir sama dalam kunjungan hormat itu ialah Timbalan Menteri Luar Republik Somaliland, Liban Yusuf Osman serta para pegawai kerajaan.

Tambah Mohamoud Hassan, republik itu mempunyai sumber asli yang berpotensi besar untuk diterokai bersama-sama Malaysia seperi mineral, minyak dan gas asli termasuklah pelabuhan yang mengawal laluan perdagangan di Laut Merah.

Artikel Berkaitan:

Malah, Malaysia juga turut mempunyai potensi dan sumber yang boleh dimanfaatkan oleh republik itu antaranya mintak sawit, perkayuan, perindustrian, pendidikan serta pelancongan kesihatan dan perubatan.

Sementara itu, Abu Bakar ketika berkata، beliau akan membawa hasrat delegasi kerajaan republik itu bagi perhatian Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohammad.

"Perkara itu perlu diperhalusi bagi memastikan hubungan serta kerjasama tersebut memberi manfaat yang seimbang kepada kedua-dua negara termasuklah hubungan negara-negara serantau yang lain, " katanya.