Lebih 80 terkorban gempa di Sulawesi Barat, Jumaat lalu

Laporan mengenai amaran kemungkinan berlaku gempa lebih kuat, yang boleh cetuskan amaran tsunami di Sulawesi Barat, susulan gempa bermagnitud 6.2 skala Richter, awal pagi Jumaat.
Laporan mengenai amaran kemungkinan berlaku gempa lebih kuat, yang boleh cetuskan amaran tsunami di Sulawesi Barat, susulan gempa bermagnitud 6.2 skala Richter, awal pagi Jumaat.
A
A
A

JAKARTA - Pihak berkuasa Indonesia merekodkan lebih 80 orang terkorban setakat ini dalam kejadian gempa bumi bermagnitud 6.2 pada skala Richter di Sulawesi Barat, Jumaat lalu.

Operasi mencari dan menyelamat bagi mengesan mereka yang dikhuatiri tertimbus di bawah runtuhan bangunan masih diteruskan.

ARTKEL BERKAITAN: Amaran gempa lebih kuat dan tsunami di Sulawesi Barat

Pesakit dan kakitangan hospital terperangkap dalam runtuhan

Menurut Ketua Pusat Data, Informasi dan Komunikasi Kebencanaan Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) Dr Raditya Jati, berdasarkan data sementara yang dikumpul pada jam 8 pagi tadi, sebanyak 70 mayat telah ditemukan di Kabupaten Mamuju, manakala 11 lagi mayat ditemukan di Kabupaten Majene.

"Seramai 19,345 penduduk kini ditempatkan di pusat-pusat pemindahan sementara, lebih 800 cedera dalam kejadian itu selain sebanyak 1,150 unit rumah dan bangunan termasuk sekolah dan sebuah hospital rosak dan runtuh," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Dalam kejadian jam 1.28 pagi waktu Indonesia Timur pada 15 Janauari lalu, Sulawesi Barat digegarkan oleh gempa bumi berukuran 6.2 pada skala Richter yang diikuti lebih 30 gempa susulan bermagnitud bawah 5.5 pada skala Richter. - Bernama

ARTIKEL BERKAITAN: Tiga maut, 24 cedera gempa bumi di Sulawesi

Artikel Berkaitan:

34 korban gempa bumi di Sulawesi