Herbalife Nutrition buka dua PUC baharu

Steven bersama ahli bebas Herbalife Nutrition yang menghadiri pembukaan PUC di Pulau Pinang tahun lalu.
Steven bersama ahli bebas Herbalife Nutrition yang menghadiri pembukaan PUC di Pulau Pinang tahun lalu.
A
A
A

KUALA LUMPUR – Syarikat nutrisi global, Herbalife Nutrition melancarkan dua pusat pengambilan baharu atau Pick-Up Centres (PUC) di Bukit Mertajam, Pulau Pinang dan Johor Bahru, Johor sebagai sebahagian daripada rancangan pengembangan perniagaan di wilayah utara dan selatan.

Pengurus Besar dan Pengarah Herbalife Nutrition Malaysia, Steven Chin berkata, pihaknya mencari ruang yang lebih besar di wilayah-wilayah berkenaan untuk memenuhi permintaan produk Herbalife Nutrition yang semakin meningkat.

Menurutnya, pertumbuhan Herbalife Nutrition yang kukuh sejak beberapa tahun kebelakangan ini didorong oleh komitmen ahlinya dalam membantu masyarakat menjalani kehidupan yang lebih sihat.

"Kami menjangkakan permintaan untuk penyelesaian kesihatan akan terus meningkat seiring dengan peningkatan kesedaran pengguna mengenai kesihatan dan kesejahteraan," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Steven Chin
Steven Chin

Beliau berkata, PUC baharu adalah dua kali ganda lebih besar dan dilengkapi kemudahan digital serta menawarkan pelbagai perkhidmatan bermula dari perkongsian maklumat, melalui penempatan pesanan produk sehingga pengambilan produk di kaunter.

Katanya, selain memberi kemudahan untuk mengakses produk Herbalife Nutrition, PUC juga berfungsi sebagai kemudahan latihan atau pusat pertemuan untuk ahli.

"PUC baharu dibuka pada waktu yang sangat penting kerana terdapat keprihatinan yang semakin meningkat mengenai pemakanan dan kesihatan yang seimbang dalam kalangan rakyat Malaysia kebelakangan ini," katanya.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, pihaknya berharap dapat melayani dan memberi inspirasi kepada lebih ramai rakyat Malaysia untuk menjalani gaya hidup yang sihat dan aktif dengan disokong oleh pemakanan yang baik.