PKP: JPJ sertai SJR di Kelantan

JPJ Kelantan menempatkan anggota di enam lokasi utama SJR negeri selain mengadakan rondaan di jalan utama laluan persekutuan dan negeri.
JPJ Kelantan menempatkan anggota di enam lokasi utama SJR negeri selain mengadakan rondaan di jalan utama laluan persekutuan dan negeri.
A
A
A

KOTA BHARU - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan berkolaborasi bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) di negeri ini dalam perlaksanaan Ops Covid-19 termasuk berada di enam Sekatan Jalan Raya (SJR) yang dilaksanakan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0.

Pengarah JPJ Kelantan, Hanif Yusabra Yusuf berkata, usaha dilakukan bertujuan mengekang penularan pandemik Covid-19 menerusi PKP yang berkuatkuasa bermula 16 sehingga 26 Januari ini.

Menurutnya, selain menempatkan anggota di enam lokasi utama SJR, pihaknya juga akan mengadakan rondaan di jalan utama laluan persekutuan dan negeri.

“Antaranya di Jalan Kota Bharu-Pasir Putih, Jalan Machang-Kuala Krai-Gua Musang dan Jalan Kota Bharu-Tanah Merah-Jeli.

“JPJ juga akan melakukan pemeriksaan dan pemantauan di Terminal Bas Lembah Sireh, Kota Bharu serta penguatkuasaan di enam stesen penguatkuasaan negeri (SPK),” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Operasi bersepadu ini membabitkan120 anggota JPJ negeri Kelantan.
Operasi bersepadu ini membabitkan120 anggota JPJ negeri Kelantan.

Mengulas lanjut, operasi bersepadu itu membabitkan kekuatan 120 anggota JPJ negeri Kelantan dengan sasaran ditetapkan bagi Ops Covid-19 iaitu memastikan kepatuhan terhadap aspek prosedur operasi standard (SOP).

“Penguatkuasaan membabitkan kepatuhan SOP yang digariskan oleh pihak kerajaan melalui Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Artikel Berkaitan:

“Selain itu, penguatkuasaan turut membabitkan kesalahan yang bersangkutan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333), Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) 2010 serta kaedah-kaedah di bawahnya,” katanya.

Katanya, strategi perlaksanaan operasi secara bersepadu itu amat wajar dilaksanakan bagi mengekang penularan pandemik yang semakin meningkat akibat ketidakpatuhan SOP oleh masyarakat tempatan.

“Justeru, pihak jabatan amat berharap agar seluruh rakyat di negeri ini memberi kerjasama sepenuhnya sepanjang tempoh penguatkuasaan PKP 2.0 ini.

“Sentiasalah mematuhi SOP sehingga Malaysia berjaya mengekang penularan Covid-19,” katanya.