Bandar Gongzhuling, China mulakan ujian asid nukleik

Foto 123RF
Foto 123RF
A
A
A

CHANGCHUN - Bandar Gongzhuling di timur laut wilayah Jilin, China pada Isnin memulakan ujian asid nukleik di seluruh bandar itu, menurut pihak berkuasa tempatan.

Berikutan itu, semua penduduk diarah menjalani kuarantin di rumah dan kakitangan khas ditugaskan membantu membeli keperluan asas, lapor Agensi Berita Xinhua, memetik notis dikeluarkan ibu pejabat pencegahan dan kawalan Covid-19 tempatan.

Semua tempat awam seperti pasar raya, hospital dan kedai ubat juga diminta menangguhkan operasi.

Perbandaran Fanjiatun di bandar ini dikategorikan kawasan berisiko sederhana untuk Covid-19 bermula 8 pagi Isnin.

Wilayah Jilin pada Ahad melaporkan 30 kes baharu Covid-19 dan 17 jangkitan asimtomatik. - Bernama

Artikel Berkaitan: