Semua aktiviti, kerja hutan dihentikan

Laporan Sinar Harian pada 18 Januari. Gambar kecil: Saarani Mohamad
Laporan Sinar Harian pada 18 Januari. Gambar kecil: Saarani Mohamad
A
A
A

IPOH - Semua kerja-kerja hutan termasuk aktiviti kuari di kawasan Air Terjun Tanjung Batu, Segari dihentikan serta-merta.

Menteri Besar, Datuk Saarani Mohamad berkata, arahan itu dikeluarkan bagi memberi laluan siasatan terperinci dilakukan selepas menerima aduan berlakunya kerosakan di kawasan berkenaan.

"Kerajaan negeri telah mengarahkan Jabatan Perhutanan dan Jabatan Alam Sekitar untuk melakukan siasatan menyeluruh.

"Sehubungan itu, sebarang kerja-kerja di kawasan tersebut dihentikan sementara menunggu hasil siasatan mengenainya selesai," katanya dalam satu kenyataan kepada media pada Isnin.

Saarani
Saarani

Menurutnya, pihak Perbadanan Menteri Besar (MB Inc) juga telah diminta menyediakan laporan terperinci mengenai aktiviti kuari yang didakwa menjadi punca kepada kerosakan di kawasan itu.

Terdahulu, Sinar Harian melaporkan, kawasan air terjun berketinggian dianggarkan 300 meter itu musnah berikutan pembangunan projek kuari yang telah bermula sejak pertengahan tahun lalu.

Projek itu mendapat kelulusan kerajaan negeri menerusi syarikat berkaitan kerajaan iaitu MB Inc di sebahagian kompartmen 16 di Hutan Simpanan Kekal (HSK) Segari Melintang.

Artikel Berkaitan:

ARTIKEL BERKAITAN: Air Terjun Tanjung Batu musnah

Kegiatan kuari di hutan simpan membimbangkan

Hukuman berat kepada penjenayah alam sekitar