Covid-19: Pejabat JPJ Negeri Sembilan ditutup 5 hari

UTC
UTC
A
A
A
SEREMBAN - Pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan(JPJ) Negeri Sembilan ditutup sepenuhnya kepada orang ramai selama lima hari bermula pada Isnin.

Notis makluman berkenaan perkara itu dihebahkan menerusi laman Facebook rasminya pada Ahad.

Sehubungan itu orang ramai boleh berurusan di Pejabat JPJ UTC Seremban, JPJ Kuala Pilah dan JPJ Jempol.

Selain itu perkhidmatan JPJ mobile akan disediakan di pintu masuk Pusat Transformasi Bandar (UTC) Seremban bagi urusan pembaharuan cukai jalan lesen kenderaan motor (LKM) dan pembaharuan lesen memandu.

Sementara itu Exco Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Sembilan, S Veerapan ketika dihubungi Sinar Harian berkata, beliau difahamkan penutupan itu berikutan terdapat kes kakitangan yang positif Covid-19.
Artikel Berkaitan:


"Sebelum ini saya difahamkan ada enam kakitangan yang positif Covid-19. Tapi maklumat lanjut akan saya maklum kemudian," katanya.

Dalam pada itu tinjauan Sinar Harian di luar bangunan UTC Seremban mendapati orang ramai beratur sejak awal pagi untuk berurusan di kaunter JPJ.

Bagaimanapun keadaan terkawal dan semuanya dikehendaki mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.