Jamal didakwa muat naik kenyataan jelik

Jamal dibawa dalam keadaan tangan bergari ke Mahkamah Sesyen Ampang hari ini dalam atas dua pertuduhan memuat naik video kenyataan jelik di laman sosial Facebooknya, Ogos tahun lalu.
Jamal dibawa dalam keadaan tangan bergari ke Mahkamah Sesyen Ampang hari ini dalam atas dua pertuduhan memuat naik video kenyataan jelik di laman sosial Facebooknya, Ogos tahun lalu.
A
A
A

AMPANG - Ketua UMNO Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas dua pertuduhan berhubung memuat naik video kenyataan jelik di laman sosial Facebooknya, Ogos tahun lalu.

Jamal, 51, tiba di mahkamah pada jam 9.38 pagi dengan memakai kemeja hitam bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Azrul Darus.

Mengikut pertuduhan, Jamal didakwa secara sedar melakukan kesalahan itu menggunakan profil Facebooknya, Dato' Sri Jamal Yunos, dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain, pada jam 10 pagi dan 3 petang, 19 Ogos 2020 lalu.

Ia telah dilihat di Jalan 4/3A Taman Dagang Avenue di sini, pada jam 12 tengah hari, 20 Ogos 2020.

Atas kesalahan itu, dia dituduh mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 233(3) Akta sama yang membawa hukuman denda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya, dan hendaklah didenda RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, S Sangitaa mencadangkan tertuduh diikat jamin RM20,000 bagi setiap pertuduhan.

"Jumlah yang dicadangkan adalah munasabah kerana ia mengambil kira keseriusan kesalahan yang dipertuduhkan, selain menyentuh kepentingan awam," katanya.

Bagaimanapun, peguam Datuk Imran Tamrin yang mewakili tertuduh, merayu agar mahkamah menetapkan jumlah ikat jamin yang lebih wajar.

Artikel Berkaitan:

"Anak guam saya bukan sahaja merupakan seorang ahli politik malah seorang peniaga kedai makan, maka sepanjang tempoh penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 ia pasti menjejaskan pendapatanya.

"Selain itu, anak guam saya juga mempunyai pertuduhan lain di mahkamah majistret di sini maka saya mohon, amaun jaminan ditetapkan sebanyak RM5,000 bagi kedua-dua kes, memandangkan ia akan dibicarakan bersama," katanya.

Selepas mendengar permohonan daripada kedua-dua pihak, Azrul membenarkan Jamal diikat jamin sebanyak RM10,000 bagi setiap pertuduhan.

Mahkamah menetapkan sebutan kes pada 18 Februari depan untuk serahan dokumen.