Anak gajah ditemui mati tepi jalan

Anak gajah yang ditemui mati di KM11 Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli pada awal pagi Ahad dipercayai dilanggar kenderaan berat.
Anak gajah yang ditemui mati di KM11 Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli pada awal pagi Ahad dipercayai dilanggar kenderaan berat.
A
A
A

GERIK - Seekor anak gajah jantan ditemui mati di tepi jalan KM11 Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli pada awal pagi Ahad.

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak, Yusoff Shariff berkata, anak gajah yang dianggarkan berusia 4 hingga 5 tahun itu dipercayai dilanggar lori.

Menurutnya, sehingga kini pihak Perhilitan tidak menerima sebarang laporan atau pengakuan pihak yang melanggar gajah seberat 650 kg itu.

"Berdasarkan kesan di lokasi kejadian, memang gajah itu dalam kumpulan, anggaran kami dalam 10 hingga 14 ekor.

"Kawanan gajah mungkin menyerang sekiranya merasakan mereka terancam apalagi jika terdapat anak kecil dalam kawanan tersebut," katanya kepada pemberita pada Isnin.

Beliau berkata, pengguna jalan raya diminta lebih berhati hati dan prihatin apabila melalui jalan raya terutama JRTB Gerik-Jeli.

Katanya, jalan tersebut memang diketahui umum menjadi habitat dan laluan gajah.

Beliau berkata, pihak Perhilitan memasang beberapa papan tanda peringatan sepanjang jalan berkenaan.

Artikel Berkaitan: