Pengisytiharan darurat bukti pentadbiran negara lemah

Datuk Dr Mohamad Rafie
Datuk Dr Mohamad Rafie
A
A
A

SEREMBAN - Tindakan pengisytiharan darurat menunjukkan bahawa pentadbiran negara kini semakin lemah.

Exco Pelaburan, Perindustrian, Keusahawanan, Pendidikan dan Modal Insan Negeri Sembilan, Datuk Dr Mohamad Rafie Ab Malek berkata, pengisytiharan darurat sehari selepas pengumuman untuk penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), PKP Bersyarat dan PKP Pemulihan, membuktikan kegagalan pengurusan pentadbiran negara ketika ini.

Malah beliau turut mempersoalkan adakah dengan pengisytiharan darurat itu boleh menghentikan penyebaran wabak Covid-19 secara terus.

"Kita tidak nafikan keperluan untuk menumpukan segala usaha untuk membasmi wabak penyakit Covid-19 adalah sangat penting.

"Namun bagi saya, selagi pematuhan kepada prosedur operasi standard (SOP) tatacara kesihatan tidak dipatuhi, maka kita akan menghadapi kesukaran untuk menghentikan penularan wabak Covid-19 ini, biar pun terlaksananya darurat.

"Pematuhan SOP ini memerlukan pemahaman ilmu untuk mengetahui apa yang perlu dan tidak perlu dilakukan, serta pematuhan disiplin yang ketat untuk setiap individu di negara ini mematuhi tatacara yang ditetapkan," katanya kepada Sinar Harian.

Tambahnya, kaedah pengurusan pandemik Covid-19 secara bersasar perlu dilaksanakan dengan penguatkuasaan sepenuhnya peraturan ketat di tempat-tempat yang dikenalpasti selain memastikan setiap rakyat di negara ini mematuhi SOP tatacara kesihatan yang ditetapkan.

Katanya, pengisytiharan darurat ini secara langsung akan memberi kesan ekonomi kepada negara dan pembangunan ekonomi di negeri.

ARTIKEL BERKAITAN: Agong perkenan isytihar darurat sehingga 1 Ogos

Pembangkang akan cabar pengisytiharan darurat: Anwar

Artikel Berkaitan: