Covid-19 makin 'mengganas', Dr Noor Hisham titip pesanan kepada 'frontliners'

Dr Noor Hisham. Foto FB Dr Noor Hisham Abdullah
Dr Noor Hisham. Foto FB Dr Noor Hisham Abdullah
A
A
A

PUTRAJAYA - Di saat pandemik Covid-19 sedang memuncak, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menyeru pasukannya untuk memasangkan niat berkhidmat kerana ALLAH SWT.

Menerusi perkongsian di laman Facebooknya pada lewat malam Ahad, beliau berkata, segala beban kerja akan dipermudahkan jika disertakan dengan niat sebelum memulakan tugas.

"Marilah kita bertawakal kembali kepada ALLAH SWT. Ajal maut kita ditentukan oleh ALLAH SWT," tulisnya.

Dr Noor Hisham turut memetik sepotong ayat al-Quran yang bermaksud bahawa setiap yang berjiwa akan merasakan mati (Ali Imran: 185).

Selain itu, sepotong ayat dari surah Al Baqarah:156 yang bermaksud sesungguhnya kami adalah kepunyaan ALLAH dan kepada ALLAH jualah kami kembali turut disertakan dalam perkongsian tersebut.

Situasi Covid-19 di negara ini kian meruncing selepas prosedur operasi standard (SOP) dilonggarkan dan rentas sempadan dibenar sejak 7 Disember lalu.

Ia sekali gus menyaksikan peningkatan kes mendadak pada Januari dengan bilangan kes harian tertinggi adalah 4,029 pada Sabtu.

Setakat ini, bilangan kes positif Covid-19 adalah 155,095 dan 594 kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan.

Artikel Berkaitan: