X

Kindly register in order to view this article
!

Inisiatif tepat banteras rasuah

Mohd Firdaus
A
A

SHAH ALAM - Gerakan Sinar Rasuah Busters merupakan inisiatif yang tepat pada masanya kerana tiada laporan dibuat mengenai rasuah menyebabkan ia tidak dapat ditangani oleh pihak berkuasa.

Penceramah bebas, Mohd Firdaus Ramlan berkata, usaha menubuhkan pasukan khas berkenaan oleh Sinar Harian selaras dengan perkembangan teknologi terkini kerana penyaluran maklumat cepat dan pantas membolehkan maklumat perlakuan jenayah rasuah dapat disalurkan segera.

Menurut Mohd Firdaus, rasuah pada dasarnya bersifat lintas-sistemik dalam setiap lapisan masyarakat, organisasi, pada setiap ketika dan tidak mengira jantina.

“Dengan adanya Sinar Rasuah Busters, sukarelawan akan menjadi mata dan telinga pihak berwajib khususnya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Sinar Rasuah Busters bukan sahaja membantu SPRM tetapi memartabatkan usaha agensi itu sendiri ke arah sifarkan rasuah sama ada dalam kalangan penjawat awam mahupun bidang korporat,” katanya kepada Sinar Harian pada Sabtu.

Laporan Sinar Harian mengenai gerakan banteras rasuah pada Ahad.
Laporan Sinar Harian mengenai gerakan banteras rasuah pada Ahad.

Mohd Firdaus berkata, Sinar Rasuah Busters juga memberikan manfaat kepada rakyat untuk mempermudahkan urusan tanpa melibatkan rasuah.

Beliau turut bersetuju dengan Pengerusi Lembaga Pengarah Kumpulan Karangkraf, Datuk Dr Hussamuddin Yaacub bahawa penubuhan Sinar Rasuah Busters melibatkan sukarelawan harus tidak overzealous dan bukannya medium menganiaya sesiapa.

“Maklumat dalam bentuk video yang disalurkan perlu diteliti dan dinilai sebelum diketengahkan.

“Maklumat yang disalurkan sekiranya mempunyai asas perlu disalurkan segera kepada pihak berwajib khususnya SPRM,” katanya.

Tegasnya, semua pihak perlu kembali kepada agama dan usaha membasmi rasuah memerlukan ketelusan serta penyatuan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Pada Sabtu, Sinar Harian melaporkan Hussamuddin mahukan satu gerakan massa dilakukan bagi membanteras rasuah dan penyelewengan di negara ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Jihad untuk menghapuskan rasuah

Gerakan memulihkan moral bangsa


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!