X

Kindly register in order to view this article
!

Beberapa cawangan, pejabat LHDN ditutup sementara

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM).
A
A

KUALA LUMPUR - Beberapa cawangan dan pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) di negeri tertentu akan ditutup sementara bagi memberi laluan kepada kerja-kerja sanitasi.

Bahagian Komunikasi, Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif LHDN dalam kenyataan pada Ahad memaklumkan penutupan itu melibatkan Pusat Khidmat Hasil (PKH) Mersing di Johor yang ditutup pada Ahad hingga Selasa dan sebagai alternatif, pelanggan boleh mendapatkan perkhidmatan di Cawangan Kluang atau mana-mana cawangan berdekatan.

Selain itu, Cawangan Bangi, Menara A di Selangor akan ditutup esok sehingga suatu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian dan pelanggan boleh mendapatkan perkhidmatan di Pejabat Satelit Cyberjaya dan PKH Hulu Langat sebagai alternatif.

Menurut kenyataan itu, PKH Kota Tinggi di Johor juga akan ditutup dalam tempoh yang sama dengan Cawangan Johor Bahru, PKH Pontian serta Pusat Transformasi Bandar (UTC) Johor Bahru sebagai alternatif kepada pelanggan.

Pada masa sama, Cawangan Temerloh di Pahang turut ditutup dalam tempoh yang sama dan sebagai alternatif, pelanggan boleh mendapatkan perkhidmatan di PKH Jerantut.

Sehubungan itu, pelanggan dinasihat melakukan semua urusan percukaian secara dalam talian bagi tempoh berkenaan, demikian menurut kenyataan tersebut.

Sebarang pertanyaan serta maklum balas berkaitan boleh dimajukan kepada LHDN melalui Hasil Care Line di talian 03-8911 1000/603-8911 1100 (Luar Negara), HASiL Live Chat dan borang maklum balas di portal rasmi LHDN menerusi pautan pantas https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/. - Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!