Setiausaha politik Menteri Sumber Manusia positif Covid-19

Gambar kecil: Khamarulazlan
Gambar kecil: Khamarulazlan
A
A
A

SHAH ALAM - Setiausaha politik kepada Menteri Sumber Manusia, Datuk Khamarulazlan Mohamad Hanafiah disahkan positif Covid-19.

Perkara tersebut telah dimaklumkan oleh isterinya, Datin Rita Sosilawati di laman Instagram pada Ahad.

Rita yang juga usahawan kosmetik berkata, suaminya disahkan positif Covid-19 setelah membuat ujian saringan pada Sabtu.

"Sejak dua, tiga hari lepas, suami kejap demam kejap okay selepas tu demam semula. Bila suami dah mula sakit tekak, saya sarankan suami untuk buat swab test (ujian swab).

“Ketika itu, saya baru lepas beli barang dapur dan kemudian suami maklumkan beliau disahkan positif Covid-19,” katanya menerusi sebuah portal.

Rita berkata, keempat-empat anak dan dirinya telahpun diasingkan lebih awal sejak beberapa hari lalu susulan keadaan kesihatan suaminya.

Katanya, suaminya perlu untuk membuat ujian saringan kerana sering berjumpa dengan ramai orang sebagai langkah berjaga-jaga.

Dalam pada itu, Rita juga memaklumkan supaya kenalannya dan suami dapat memberi masa serta ruang agar mereka dapat fokus dalam pemulihan semasa kuarantin.

Artikel Berkaitan: