JAS, Jabatan Perhutanan diarah beri laporan

MOHD AKMAL
MOHD AKMAL
A
A
A

MANJUNG - Kerajaan Perak sudah mengarahkan Jabatan Perhutanan Negeri dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) menyediakan laporan lengkap berhubung isu kemusnahan Air Terjun Tanjung Batu, Segari di sini.

Exco Kesihatan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Perak, Mohd Akmal Kamarudin berkata, perincian laporan itu diperlukan bagi melihat punca sebenar kejadian berlaku termasuk kemungkinan disebabkan projek pembangunan kuari.

Menurutnya, jika didapati berlaku pelanggaran syarat pematuhan lesen yang dikeluarkan, maka tindakan tegas akan diambil terhadap pihak terlibat.

"Saya dah minta kedua-dua jabatan ini menyediakan laporan segera untuk tindakan selanjutnya.

"Sekiranya berlaku sesuatu yang tidak elok yang melanggar peruntukan undang-undang, sudah tentu tindakan akan dikenakan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Ahad.

Mohd Akmal berkata, kerajaan negeri memandang serius isu terbabit dan memberi jaminan untuk menyelesaikannya dalam masa terdekat.

"Projek pembangunan kuari di situ mendapat kelulusan EIA (penilaian kesan alam sekitar) dan mungkin ada berlaku ketidakpatuhan terhadap syarat-syarat dikenakan," katanya.

Pada Ahad, akhbar ini melaporkan kerja-kerja membuka laluan kepada projek kuari di kawasan Hutan Simpan Segari Melintang yang mendapat kelulusan daripada kerajaan negeri menyebabkan kawasan Air Terjun Tanjung Batu di sini musnah.

Artikel Berkaitan: