Tindakan Anwar tuduh Muhyiddin ibarat paku dulang paku serpih

Gambar dari kiri: Anwar, Muhyiddin
Gambar dari kiri: Anwar, Muhyiddin
A
A
A

SHAH ALAM - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menyifatkan tindakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menuduh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ibarat paku dulang, paku serpih.

Ketua Penerangan Bersatu, Wan Saiful Wan Jan berkata, Anwar cuba membersihkan imej beliau dengan menuduh Muhyiddin mengkhianati bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menurutnya, Anwar sendiri pernah mengkhianati Dr Mahathir meskipun beliau telah menyatakan sokongan beliau kepada Ahli Parlimen Langkawi itu.

“Sedangkan semasa Pakatan Harapan (PH), yang mengkhianati Tun (Dr Mahathir) ialah dia (Anwar) sendiri yang tak habis-habis menggerakkan pendewa-pendewa dia suruh Tun meletak jawatan.

“Dulu di depan dia kata sokong Tun, tapi di luar aktif menggerakkan jentera untuk mengkhianati Tun.

“Jangan nak bersihkan nama sendiri dengan cara tuduh Muhyiddin pula. Kata dulang paku serpih,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Mengulas lanjut, beliau berkata demikian bagi membalas kenyataan Anwar dalam siaran Facebooknya pada Ahad.

Artikel Berkaitan:

WAN SAIFUL
WAN SAIFUL

Beliau berkata, Ahli Parlimen Port Dickson itu sepatutnya melupakan agenda berpolitik buat sementara waktu dan fokus pada usaha menolong rakyat menghadapi wabak pandemik Covid-19 dan banjir.

“Rakyat sepatutnya boleh lega kerana dalam tempoh darurat, orang politik sepatutnya kurangkan politik.

“Boleh tumpu usaha bantu rakyat yang dilanda banjir dan Covid-19. Tapi ini masih tak habis-habis nak rampas kuasa," katanya.

Dalam pada itu, Wan Saiful turut mencabar Anwar untuk tampil memberi cadangan yang lebih bagus daripada menuduh kerajaan tidak mempunyai rancangan yang jelas.

“Menuduh pula bahawa kerajaan tak ada rancangan yang jelas. Kalau ada pandangan yang lebih baik, cuba sebut apa cadangan itu! Bukan bermain cakap kosong saja.

“Walaupun setiap hari diganggu dengan suara sumbang sebegini, Muhyiddin tetap dengan fokus beliau untuk rakyat.

“Cadangan yang lebih baik satu pun tak ada, tapi tak habis habis dengan cita-cita peribadi,” katanya.