X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 19 Oktober 2021

Lelaki maut motosikal rempuh tiang TM

Mayat mangsa ditutup dengan kain putih sebelum dibawa ke Hospital Universiti Sains Malaysia untuk bedah siasat. - FOTO: IPD Kota Bharu
A
A

KOTA BHARU - Seorang lelaki maut selepas motosikal ditunggangnya terbabas dan merempuh tiang Telekom Malaysia (TM) di Kampung Sabak, Pengkalan Chepa di sini pada Ahad.

Dalam kejadian jam 4 petang, mangsa, Mohd Arif Ismail, 33, meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud berkata, ketika kejadian mangsa yang beralamat di Jalan Panji menunggang motosikal jenis Honda EX5 bersendirian.

“Hasil siasatan mendapati mangsa menunggang dari arah simpang empat Sabak ke arah Pantai Dasar.

"Ketika tiba di tempat kejadian, mangsa gagal mengawal motosikalnya lalu memasuki lorong bertentangan dan melanggar tiang TM,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Ahad.

Katanya, mayat mangsa dibawa ke Hospital Universiti Sains Malaysia untuk bedah siasat.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!